Archive for August, 2008

sama saja

August 29, 2008 - 6:50 pm No Comments

labuan ngan sandakan ngan k.kinabalu sama jek..makan mahal !! arghhhh !!

oh my…

August 28, 2008 - 6:27 pm No Comments

oh my..dah nak habis dah pun amazing race borneo gua ni..hahahahahh..penat tau tak..dan aku mendapati bahawa naik Fokker 50 ialah perkara yang amat tak menyenangkan..*seriously*

rm 10.40

August 27, 2008 - 9:39 pm No Comments

rm 10.40 = nasi goreng biasa telur mata + teh o ais limau + air tin cincau + air tin krisantimum

betul punya “ketuk” kan..sucks !!

petrol mahal la katakan..tapi masak nasik goreng ngan buat air teh o ais limau pakai petrol ka ?

- 9.38 pm rabu 27 aug 08, sandakan -

wall.e

August 22, 2008 - 11:48 pm No Comments

Waste Allocation Load Lifter Earth-Class

Tadi pergi menonton WALL-E. Cerita dia sangat..errr..ummm..BEST !!

nuff said. heh. Tapi serius best. Animasi dia tak payah nak cerita la. Terbaik. Dihasilkan oleh Pixar Animation Studios, WALL-E memang tak menghampakan aku. Bagi aku la, tak tahu la kalo orang lain berpandangan sebaliknya. Jalan cerita yang menghiburkan sampai aku tak rasa WALL-E tu dah nak sampai ke hujung cerita. Sedar-sedar je dah habis. Kalo di ajak tengok lagi, pasti aku pergi punya. 5 kali pun takpe. Heh.

Lagi sekali..TERBAIK.

Hahahahahahahaha.

Nak cari soundtrack wall-e pulak.

walle-eve

Tahu tak bila pindah rumah, yang paling susah ialah nak tukar alamat surat menyurat untuk segala urusan bank dan bil..

August 7, 2008 - 10:34 am No Comments

arghhhhhhhhhhhh !!!!

Kafe Siber (kata Harian Metro)

August 4, 2008 - 1:14 am No Comments

Kalo nak gelak puas-puas, sila la baca artikel yang aku rip-off dari Harian Metro online. Kalo ye pun, tak payah la burukkan cyber cafe yang berterabur kat luar tu. Keseluruhan artikel ni aku kasik satu (1) bintang dari seratus (100) bintang. It’s suck. Really.

Link: SINI

Aku copy, paste balik kat sini kalo ada yang malas nak klik.. :p

KUALA LUMPUR: Angkara ketagih permainan komputer, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun tergamak mengugut untuk menikam dan menetak ibu bapanya dengan pisau dan parang lebih 10 kali hanya kerana dia tidak diberi wang RM5.

Murid darjah enam itu juga bertindak ‘ala gangster’ apabila sanggup mencuri wang dari kedai runcit dan memeras ugut ra kan sebaya untuk melayani ketagihannya terhadap permainan komputer di kafe siber yang dikenalinya awal tahun lalu.

Sejak ‘terpikat’ dengan permainan ‘berhantu’ itu, kanak-kanak yang hanya mahu dikenali sebagai Azli itu kerap ponteng sekolah, merokok dan akhirnya berhenti sekolah, sekali gus tidak menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007.

Tidak setakat itu saja, selepas berhenti sekolah, kafe siber menjadi rumah keduanya, malah dia sanggup ‘bertapa’ 12 jam sehari hanya untuk bermain permainan komputer diminati.

Ikuti pengakuan Azli yang kini mendapatkan rawatan pemulihan di sebuah rumah kebajikan apabila ibu bapanya tidak lagi mampu mengawal sikapnya yang panas baran dan ganas hasil ‘didikan’ kafe siber seperti diceritakan kepada Wartawan Metro Ahad, FUAD HADINATA YAACOB dan SHAMRAN SARAHAN.

SUDAH banyak kali saya hendak menikam dan menetak emak dan ayah, rasanya lebih 10 kali sejak tahun lalu. Semuanya kerana mereka tidak mahu beri wang RM5 atau RM10 untuk saya buat belanja ke kafe siber.

Jika tidak ke kafe siber, diri saya seperti ada yang tidak kena. Saya bosan duduk di rumah, apatah lagi tiada komputer dan tidak tahu hendak buat apa.

Jika hendak ke sana pula, saya perlukan duit sekurang-kurangnya RM5 untuk membayar caj selain beli makanan atau minuman.

Pada awal dulu saya guna duit belanja yang emak beri setiap hari RM2, tetapi kerana seronok dan ‘ketagih’, aktiviti ke kafe siber menjadi program wajib selepas pulang sekolah.

Jadi, perbelanjaan meningkat dan saya ambil jalan mudah dengan mencuri wang emak atau ayah. Pantang jika mereka letak beg duit, saya ambil duit yang ada, pernah sehingga RM50 sekali ambil.

Dengan duit itu saya buat belanja di kafe siber, selain beli makanan dan minuman. Pada mulanya mereka tak perasan tetapi lama kelamaan emak dan ayah tahu juga selepas duit di dalam dompet masing-masing berkurangan.

Emak selalu marah dan ayah pernah pukul, namun saya degil. Selepas keadaan reda, saya curi lagi, malah jika tiada duit, saya minta daripada mereka.

Ketika itu jika mereka tak beri, saya ambil pisau dapur atau parang untuk mengugut mereka. Saya bernasib baik tiada kejadian buruk berlaku, jika tidak tentu saya ditahan atau ditempatkan di sekolah budak nakal.

Sejak mengenali kafe siber, selain mencuri, saya juga mula ponteng sekolah, merokok dan mengugut rakan untuk mendapatkan wang.

Malah, kerana kerap ponteng selain masalah disiplin, saya diberhentikan sekolah, sekali gus tidak dapat mengambil peperiksaan UPSR tahun lalu.

Semuanya kerana kafe siber. Daripada rajin ke sekolah, saya bertukar pemalas sehingga kerap ponteng. Saya akui bosan belajar di sekolah, lagipun saya bukan belajar, lebih banyak bermain dengan kawan.

Cikgu ada laporkan masalah saya kepada emak dan ayah, tetapi saya tetap dengan perangai saya, malah tidak kisah apabila terpaksa berhenti sekolah.

Selepas berhenti, kafe siber menjadi rumah kedua saya, pernah dari kafe siber itu dibuka jam 9 pagi hingga 11 malam, saya duduk di dalamnya bermain ‘game’ sehari suntuk.

Saya suka permainan ‘Counter Strike’ dan ‘Half Life’, sejenis permainan tembak menembak ala tentera. Selagi tidak menang, selagi itu saya main sampai puas, malah boleh dikatakan saya pakar dalam permainan ini.

Saya tidak kisah duduk berapa lama di kafe siber, tiada siapa marah kerana selagi ada duit dan boleh bayar, saya main pelbagai permainan komputer.

Di kafe siber juga saya mula kenal rokok yang sebelum ini saya tidak pernah hisap. Semuanya pengaruh kawan, dalam sehari sekurang-kurangnya sebatang saya hisap, bukan saja hisap tetapi saya juga pandai membeli, terutama duit banyak dalam poket.

Selain rokok, saya selalu ugut kawan di sekolah untuk dapatkan duit sebagai belanja di kafe siber, beli rokok serta makanan atau minuman.

Saya juga sudah pandai mencuri di kedai. Apabila tuan kedai tidak perasan, saya ambil duit dalam laci berjumlah RM50. Ketika itu saya sangat seronok kerana ada kawan ‘satu kepala’.

Kedai saudara juga pernah jadi sasaran saya, apabila dia minta saya jaga sebentar, ketika itu saya ambil duit RM20.

Kerana kafe siber ini juga, saya mudah marah jika ada perkara tidak betul berlaku atau apa yang saya nak tak dapat. Disebabkan itu saya sanggup ugut untuk menikam dan menetak emak serta ayah.

Mungkin kerana tidak tahan melayan kerenah saya, saya dihantar ke rumah kebajikan ini awal tahun lalu dan kini sudah tujuh bulan saya menjalani rawatan pemulihan.

Kini ketagih sudah tiada, malah saya dididik dengan ilmu agama. Saya kini rindu emak, ayah dan adik kerana sepanjang di sini hanya beberapa kali kami berjumpa kerana mereka jauh di kampung.

Selepas ini saya nekad menyambung sekolah semula, selain mengelak mengunjungi kafe siber yang memusnahkan diri saya.”

Credit: Harian Metro..lol..