Arad Fort dan Al-Fateh Grand Mosque
Hari Sabtu nan indah diserikan dengan lawatan ke Arad Fort dan Al-Fateh Grand Mosque. Best. Lawatan dimulakan dengan melawat Arad Fort. Huh. Ingatkan besar, kecik je tempat ni. Masuk pun kene bayar duit. Tak berbaloi. Tapi banyak jugak amik gambar area Arad Fort. Heh. Dalam kawasan tu, ada la seketul meriam lama. Seketul jek. Itu pun tunggang langgang. Apa kata kalo gomen Bahrain ni baik pulih skit tempat tuh. Haihz.
Link: Arad Fort
Kemudian lawatan diteruskan ke Al-Fateh Grand Mosque. Sampai saja di sana, terus terjah kaunter pertanyaan. Hurmm. Cantik la masjid ni. Masa pergi belum masuk waktu Zuhur lagi. Sampai je kat kaunter pertanyaan, member aku terus tanya pasal masjid ni dan bagaimana nak melawat. Rupa-rupanya ada tour guide. Hihihi. Boleh tak sukarelawan kat situ anggap aku Christian. Sebab aku capai buku yang bertajuk “Islam and Christianity: as seen in the Bible”. Heh. Salah aku jugak sbb tak bagi salam awal-awal. Sukarelawan yang jadi tour guide tu hanya sedar aku dan member aku ni adalah Muslim bila dia tanya kami apa agama kami. Dia siap tanya lagi nama member aku dan aku. Heh. Bila aku sebut nama aku, dia macam terkejut. Bukan apa. Heh. Nama aku kan Zahir. Habis lawat-melawat terus balik.
Link: Al-Fateh Grand Mosque
Gambar-gambar lawatan ada di FS, FB dan MS aku. Sila ke sana dengan kadar segera. Jangan buang masa lagi. Okay !!