Archive for June, 2008

Yay !! supper !!

June 29, 2008 - 6:09 am No Comments

Jam menunjukkan 11.30 p.m. (GMT +3). Perut aku tiba-tiba menyanyi laug keroncong. Heh. Tadi baru lepas makan ayam goreng Popeye’s. Takkan lapar lagi kut. Baru teringat..rupa-rupanya belasah ayam seketul setengah je. Heh. Selongkar semua flyers kedai makan kat kawasan Hoora ni. Ermmm..semua tak dapat perhatian selera aku. Lastly, turun bawah, pusing-pusing cari kedai makan yang masih buka. Tup tup ternampak YumYumTree masih buka. Hahahaha..my precious food court. Tengok jam kat handphone..11.40 p.m. Boleh tahan ramai gak orang dalam food court ni. Heh. Masuk dalam dan terus ke arah Mrs. Vanellis (Fresh Italian Food). Serta-merta order pasta sosej sayuran. Tapau. 5 minit jugak la berdiri tunggu. Lepas bayar terus ambik makanan yang ditapau tadi, dan terus balik rumah. Sampai je kat rumah, terus ngadap tv sambil makan pasta. Hahahaha..memang terbaik aaaa. Pekena plak dengan jus oren. Lepas tu, sakit perut sebab terlebih makan pedas. Sebenarnya masa tukang masak tadi tanya nak pedas ke tak nak pedas, aku jawab nak extra pedas. Amik sedas. Terbaik punya pedas. Habis gak pasta aku kerjakan. Hahahaha. YumYumTree memang tak pernah menghampakan selera aku.

Link: YumYumTree

Kenang

June 21, 2008 - 5:47 am No Comments

Masa lepak dalam bilik, fikiran aku melayang..aku terkenang zaman sekolah dan zaman kolej aku. Banyak kenangan manis dan pahit dalam mengharungi kehidupan dari kecil sehingga dewasa. Dalam masa yang sama, pelbagai jenis manusia aku kenal..ada yang sengal, ada yang baik, ada yang hati busuk, ada yang sanggup susah payah kerana kawan dan pelbagai lagi. Apa dah jadi kat diorang hah ? Harap-harapnya masing-masing dah berjaya dalam cita-cita.

Sunyi

June 18, 2008 - 6:29 am No Comments

np: last night – az yet

makin lama aku kat sini, makin rasa sunyi. apsal hah ?

Duit lama..KNNMCB !!

June 17, 2008 - 9:22 pm No Comments

Tadi pergi ke BFC (Bahrain Financing Company) cawangan Manama. Niat di hati mahu tukar matawang USD ke matawang BD. Sudah kekurangan matawang BD. Semalam pergi ke cawangan Hoora tetapi ditolak mentah-mentah kerana duit lama. WTF ?? Duit lama ?? Tapi, duit juga kan. Apsal tak terima. Takde alasan yang diberi oleh tukang jaga kaunter tuh. Hanya geleng-geleng berkata “no”. Cuba cakap bahasa inggeris yang proper skit. Hahahhaahah.

Di BFC Manama pula, kesukaran datang lagi. Ada matawang USD sekeping tahun 1977. WTH ?? Dari 13 keping yang aku bawak, ada sekeping betul punya old skool. Harem. 12 keping sahaja yang berjaya ditukar. 12 keping itu pun not-not tahun 1990. Itupun susut nilai. Cam haram. Yang sekeping tahun 1977 tu terpaksa ditinggalkan untuk membolehkan BFC mengesahkan wang itu betul atau palsu. Mana taknya..duit tahun 1977. Aku pun tak lahir lagi. F**k !! kene tunggu 2 hari dan nanti dia telefon. Penjaga kaunter kasik aku satu resit yang agak istimewa. Hahahaha. Aku harap duit tu duit betul, bukan duit palsu. Naya aku.

Kerugian yang ditanggung pada hari ini setelah tukar 12 keping duit tahun 1990 tu adalah sebanyak 6 BD bersamaan RM60. KNNMCB. RM60 itu sungguh banyak bagi aku.

Moral of the story: Jangan tukar duit kat pengurup wang yang tak feymes. Aku tuka matawang RM ke USD kat Summit USJ. Hampeh.

Inbound Outbound

June 14, 2008 - 3:35 am No Comments

The clock at my laptop showing 10.35 p.m. and I’m still in progress to understanding inbound and outbound codec for VoIP. Haihz. The TAC replies to my email and I don’t know what to do. Hahahaha. Funny eh? I’m still in learning progress to understand better about Cisco Unified CallManager. Go go go..

Beli dan Belah

June 13, 2008 - 9:44 pm No Comments

Baru balik dari berkunjung ke Al-Muntazah. Pasaraya yang terletak berdekatan dengan apartment hinggap aku kat sini. Niat di hati mahu cari ikan, tetapi apa yang dapat hanyalah udang. Bukan tidak mahu membeli ikan. Stok ikan di situ banyak, tetapi ikan pelik. Muehehehehe. Akhirnya ternampak 2 bungkusan udang. Ambil satu. Dan juga tadi berjaya membeli sos cili dari Malaysia. Malam ni nasi berlauk udang masak sos. Huhuhuhu. Stok buah-buahan di situ juga banyak. Tapi tak membeli kerana suka minum jus buah terus. Senang. Menghabiskan masa sebanyak 15 minit dan blah dari situ. Rasa-rasanya stok tidak banyak sebab pasaraya tersebut baru saja buka seminggu lalu. Sebelum ini tutup untuk ubahsuai. Perut sudah menyanyikan lagu keroncong pula. Haihz.

Malas

June 12, 2008 - 6:52 am No Comments

Duhhhh..apsal rasa malas semacam ni..bertemankan jus buah-buahan dan seketul dua lagu dari ratatat, ketika ni aku sedang study berkenaan CUCM..esok ada lagi TOS untuk projek BWTC ni. Mungkin minggu depan hari ahad, adalah hari terakhir TOS. Harapnya customer akan approve dan tandatangan dokumen tamat deployment dan implementation. Hah..lepas ni TOS akan habis dan aku akan lega sikit dan boleh teruskan dengan sebarang hal-hal peribadi yang pending. Dah 3 minggu kat bumi Bahrain ni dan aku rasa amat bosan. Mana taknya, nak keluar ke mana..tak tahu arah tuju. Kalo kat USJ tu, tahu la gak nak ke mana..hahahahha..

Aku dah ngantuk dah ni..layan tv jap dan nak tidur..

Kerja keras, lebih sikit..

June 6, 2008 - 6:19 am No Comments

Menjadi guru “voice” bukan kerja mudah..tambahan pula orang yang nak diajar orang “voice”..

Haihz -_-

Apa kata, aku tido dulu, rehat otak, badan dan sewaktu dengannya..esok bangun pagi ceria sikit..nak pergi opis lagi..esok cuti sepatutnya..nevermind..