Archive for July, 2007

Bulan ICT Selangor

July 15, 2007 - 2:23 am No Comments

Bulan ICT Selangor di SACC Mall

Itulah dia aktiviti pada bulan 7 ini. Satu ofis terlibat dengan aktiviti di SACC Mall. Company aku bukak booth kat sana. Venue dia betul2 kat parking SACC Mall berhadapan pintu yang digelar “south entrance”. Acara bermula pada hari Jumaat 13 Julai 2007. Pagi2 dah kena bangun awal, gerak ke SACC Mall. Bebudak lain ada yang dah sampai, ada yang belum. Aku sampai pun lewat sikit sebab malam sebelum malam sebelumnya, iaitu hari khamis 12 Julai 2007, aku jugak yang kene setup booth ngan beberapa bebudak lain. Penat gila tak hengat !!

Acara mula dengan ketibaan Menteri Besar Selangor. Berucap lama gila. Entah apa yang dia cakap, aku pun tak paham. Aku cuma observe dari tingkat 2 mall itu bersama-sama encek azriza. Lepas habis saja dia berucap, kami beredar ke booth, then menghasut seorang dua bebudak opis, lalu pergi makan di Kompleks PKNS bersebelahan dengan SACC mall. Lepas makan, kitorang lepak lama sikit kat kedai makan tu. Hahahaha, kemalasan nak jenguk booth dah pun tiba.

Kendian, aku gerak la jugak ke booth nak jenguk kejap. Alih2 Khir Toyo tak masuk lagi kawasan exhibition. Aku ingatkan punya lama aku lepak kat kedai makan tu, Khir Toyo masuk dah. Haihz. 5 minit kat booth, lepak2 sembang, MB Selangor tu pun masuk la kat kawasan exhibition. Boss pun suh la kami yang tak berkaitan ni, “mingle around” sbb nampak semak kat kawasan booth. But the problem is, kami lepak jauh dari booth. Alang2 kene halau ngan boss sendiri dengan nada yang agak kasar, kitorang pun kuar dari kawasan exhibition, lepak 5 minit, then blah balik opis. Sampai je kat opis, takdek orang. Boss2 semua takdek. Hehehehe, apa lagi..kemas laptop yang mmg dari pagi di tinggal di opis, then cau balik umah. Apa nak jadi pun jadi la. Sampai umah lebih kurang pukul 12 tghari.

Sampai je umah, aku terus tido dengan best. Hahahaaha…pukul 6 petang baru bangun. Itulah dia akibat balik awal ke rumah. Kerja setengah hari yang best.

marathon “terbang” ke borneo

July 3, 2007 - 2:45 am No Comments

isnin – kuching
selasa – miri
rabu – kota kinabalu
khamis – sandakan
jumaat – labuan

===============

hari ahad

5.30 ptg

- tggu klia limo amik kat umah. encek bazli teman sambil main basikal. lebih kurang 6 petang baru smpi limo itu. Load beg dalam bonet then gerak ke KLIA. sampai sana lepak kat tempat makan2 sambil ber-wifi seorang diri. cik shikin tak sampai2 lagi. naik klia express katanya. lebih kurang pukul 8 gitu, cik shikin kol cakap dah sampai. terus pergi mendapatkan dia dan pergi check-in amik boarding pass.

8.15 mlm

- setel dapat boarding pass, maka berjalan-jalan ke gate dengan lemah gemalai sbb malas nak jalan laju2. lagipun filght pukul 8.50 mlm.

8.50 mlm

- masuk dalam fiuslaj pesawat sambil tercari-cari tempat duduk. ye la, sbb baru first time naik kapal terbang.

9.10 mlm

- kapalterbang reverse, setting tempat, then…terus berlepas dengan baiknya. tiba2 saya pening kepala. amik mp3 player, sumbat telinga, dan terus tidur.

11.30 mlm

- smpi airport kuching. terus amik teksi ke hotel, amik bilik then tidor dengan nyenyak.

hari isnin

9 pagi

- gerak ke telekom kuching untuk buat preventive maintenance dan kerja2 berkaitan.

10.30 pagi

- baru la dapat clearance masuk bilik COINS (bilik equipment untuk IPVPN). buat kerja sepantas mungkin. namun ada gak yang tak siap sbb tak sempat. kene kejar flight pukul 4.30 ptg ke miri.

3.30 ptg

- dengan bantuan seorang kakitangan telekom, dapat juga kontek teksi untuk ke airport kuching. Dengan serius muka, saya mintak uncle taxi driver itu bawak selaju mungkin.

4.00 ptg

- smpi kat airport kuching. terus pergi check-in bag saja sbb boarding pass dari kuching ke miri dah ada. amik kat klia itu hari siap-siap.

4.20 ptg

- pergi menunggu giliran kat gate 7. mana kapal terbangnya ? alih-alih, delay ke pukul 5 ptg. ampes tul. lepak sambil wifi dan sembang2 ngan brother yang bekerja dia miri. berasal dari johor, dia mmg peramah. siap cerita kat aku tempat2 menarik kat miri. cerita pasal wireless AP jua ada. rupa-rupanya miri ada wireless access point kat tepi2 jalan. senang. masa tunggu bas kat tepi jalan, mahupun melepak di kedai makan, buleh ber-wifi. sambil minum teh ais jua. teruja pula saya. hehheheh.

6.00 ptg

- smpi ke airport miri. lepak2 jap kat airport, wifi kejap nak check email.

7.00 ptg

- amik teksi pergi kingwood inn. check-in. tido kejap.

11.00 mlm

- turun makan sbb lapar sangat lepas tido cam beruang. buleh tahan happening gak miri ni. lampu2, kelab2 malam, dan jua kedai makan 24 hours. tak mati kebulur la duk kat sini. hehehe. lepas makan2 balik hotel, lepak kejap, online smpi skang, tulis blog skit, then….

aku rasa ngantuk nak tido. esok nak bangun awal. ciaooooooo…