Archive for May, 2007

Let’s Wii !!

May 25, 2007 - 12:01 pm 6 Comments

23 May 2007 yang lalu, bertempat di Planet Hollywood, ada satu majlis yang diberi tajuk “Sun StorageTek 2500 series launching” by Sun Microsystems (soft launch, bukan big launch). Atas kapasiti Vital Delta Sdn. Bhd. dan atas ajakan supplier Sun Microsystems, maka aku pun join la. Memula tak nak pergi sbb malas la pulak nak join2 bende2 cenggini, tapi sbb ada competition Wii maka aku pun nak la merasa main Wii. Sampai sana, terus register diri sendiri dan tunggu cik baby dan cik hilda. Aku pergi ngan cik aisha. Kami sampai awal lebih kurang pukul 6.10 pm. So, kami pun lepak2 la menunggu 2 orang lagi. Setelah gedegang-gedegung dalam planet hollywood itu, jeng jeng jeng…sesi main Wii pun bermula. Kalah jua, tapi dpt nombor 2. Team johan dpt Creative MP4 player 1 GB dan team naib johan iaitu kami, dpt Sun StarOffice 8 (original beb..hahahaha).

Maka bila dah nak habis majlis, adalah satu acara cabut undian untuk lucky draw. Hadiahnya ?? nyum nyum Nintendo Wii ~~ hahahahhaa..cabutan pertama, naik nama seorang chinese but dia takdek..mungkin dah balik, mungkin lam tandas..tapi 5 minit juga la tggu winner dia muncul. Leas 3 kali panggil nama, maka nama dia dibatalkan untuk menang Wii itu. Cabutan kedua memperlihatkan business card dari VD telah dipilih oleh tukang pilih itu. Nama syarikat mula dengan huruf “V”, Vital Delta, demikian katanya. Dan nama orang yang bertuah itu mula dengan huruf “A” ~~ rasa cam nak pengsan. Aku rupanya yang dpt Wii itu.. :p . Mana tidaknya, nama colleague aku yang pegi malam tuh semua mula ngan “N” – Nur..aku sorang jer mula ngan “A”..

Hahahahahaha…dpt gak Wii akhirnya selepas mengidam dekat 6 bulan :)

Amik la gambar sikit buat tatapan ~ gambar kotak dulu sbb aku tak test “on” lagi..ehehehhe..

abes !!~

5 May 2007 @ super-mini gath, KLCC, Flamingo, NZ

May 8, 2007 - 2:32 am No Comments

5 May 2007, aku telah berjumpa rakan2 yang dahulu sekali bersekolah di sekolah teknik taiping. Semua sudah dewasa. Orang2 yang terlibat pada super-mini gath yang dicetuskan oleh encek Isa adalah encik Isa sendiri, encik Hassan, encik Pong, encik Zahir (saya la itu), encik Piloi, cik Anum dan cik Anis.

Kami mulakan sesi super-mini gath kami dengan melepak di food court tingkat 2 (rasanya la kut..) KLCC. Pada mulanya Hassan dan Isa sahaja yang sudah sampai. Aku orang yang ketiga sampai kat food court itu. Pong orang keempat. Jumpa saja Hassan dan Isa, mereka kata aku nmpk lain. Apa yang lainnya ?? Rerupanya mereka perasan bentuk fizikal aku sudah berubah. Manusia berubah beb. Kalo tak berubah tu, dah lain dah tu. Tak alien, mesti hantu kalo dari dulu smpi sekarang tak berubah. *LOL*. Ketibaan Pong dari jauh dengan senyuman sinis bak watak antagonis sudah dapat dijangka. Mana tidaknya, dia cam aku. Hehehehe..penat la aku sorok muka. Kenal gak dia ngan aku. Hehehehe.

Pelbagai cerita keluar dari mulut semua orang. 99.99% pasal kehidupan asrama yang lepas. Seronok semua orang. Mana tidaknya, bila di kenang kembali, semua orang akan ketawa. Pasal warden la, pasal rokok la, pasal fly asrama la, pasal guru kelas la, pasal sukan la, pasal gaduh2 budak asrama la. Macam-macam la senang.

Selesai makan2 dan sembang2 lebat tak hengat, kami gerak ke taman klcc sbb nak isap rokok dan bergambar-gambar ala2. Tgh jalan amik gambar, tgh lepak amik gambar, dan tgh isap rokok jua gambar diambil. Encik Yusman yang kata nak datang, nampaknya macam tak datang. (At the end, dia mmg tak datang pun..haihz). Hassan call Piloi suruh datang. Piloi set aje. Lebih kurang pukul 6 gitu, Piloi sampai dengan Anum dan Anis. Kendian, lepas lepak selama 15 minit, kami decide pergi Flamingo untuk bermain boling.

Berikut gambar kitorang

Kat Flamingo..lokasi kedua..

Lagi kami ...

Semasa bermain bowling, sapa ntah telah hubungi encik Ijat. Kehadiran encik Ijat memeriahkan lagi suasana pada petang/malam itu. Mana tidaknya, aku baru tau yang dia dah kahwin dan anak dah seorang yang berumur 2 bulan. Haihz..dah kahwin kawan aku sorang nih..Hehehehe.

Setelah setel bermain bowling, maka Piloi, Anum dan Anis minta diri untuk pulang. Mereka pulang dengan dihantar Hassan. Aku, Isa, Pong dan Ijat lepak kat Gnd. Floor Flamingo menunggu Hassan patah balik. Kemudian, kami berkereta sebuah dan bermotor sebuah juga menuju ke NZ Wangsa Maju. Lepak di sana dari pukul 8.15 mlm begitu, dan bersurai pada pukul 3 pagi begitu. Lama tak hengat punya. Semua mata dah macam tak buleh bukak dah. Kami akhirnya bersurai menuju ke destinasi masing-masing.

Haihz..panjangnye taip. Penat jari :p. Tataaaaaaaa !!

Wild Hogs !! *LOL*

May 3, 2007 - 11:55 am No Comments

Hari Isnin yang lepas, sekali lagi ahli2 wayang telah turun untuk menonton Wild Hogs. Ahli-ahli yang terlibat ialah aku sebagai organiser, encek azriza, encek hamzah dan cik shikin. Berempat saja kali ini, bak kata encek hamzah, berempat lebih baik.

Lepas membeli tiket2 dan menyembang lebat selama 10 minit, kami bergerak ke kaunter makanan. Masing2 beli hotdog 1901 dan air berkarbonat. Juga sedikit popcorn yang bakal menari-nari di dalam perut. Masuk saja ke dalam panggung, iklan sudah pun mula. Maka, teraba-raba kami mencari tempat untuk duduk. Nasiblah tidak teraba orang di situ, jika tidak mautlah kami.

Bila cerita bermula, kami semua senyap. Selang 5 minit kemudian, cerita sudah bertukar menjadi lawak. Hahahahahahaha..semua orang gelak. Kami turut serta. Dari awal cerita sampai habis bergelak ketawa.Dalam kereta juga bergelak ketawa sambil mengulang-ulang perbuatan pelakon Wild Hogs.

Wild Hogs poster