Archive for February, 2007

headache

February 26, 2007 - 12:25 am No Comments

pening ngadap lukisan visio untuk mengagak panjang fiber ~~

dateline rabu 28/2/07

kamon .. kamon !!

Never Afraid

February 22, 2007 - 6:01 pm No Comments

Look at the picture i found at the Internet

afraid..?? never !!

I need this menu

February 21, 2007 - 7:28 pm No Comments

If our life is like computer program …

nice menu

I really need this menu …

esok dah start keje !!

February 20, 2007 - 2:28 pm No Comments

ngaaaa..esok dah start keje..malasnya..~~

workaholic

Hari tidur

February 17, 2007 - 10:42 pm No Comments

Tepat jam 3 pagi, Sabtu 17/02/2007, aku sampai ke rumah…setelah menempuh perjalanan bagai nak gila *sigh*, sakit pinggang, bosan terlampau, dan pelbagai lagi simptom naik keta, aku, shidi dan abu selamat sampai di kl pada jam 2 pagi…

Keadaan highway amat menyakitkan jiwa shidi (sbb dia driver malam tuh.. :p), abu dan aku. Mana taknya, dekat 2 jam kami tak keluar dari johor lagi. Sangkut sejam masa dari JB ke tol Skudai, ampas btol. Banyak yang amat kereta nak keluar dari Johor, termasuk la kereta2 dan juga van2 dari Singapura.

Lepas jer dari tol Skudai (setelah amik tiket manual), kereta yang kami naiki cuba memecut. Shidi mencari ruang-ruang untuk mencilok. Namun, apakan daya, kereta byk sgt. Ada 2 kali kelajuan kami drop ke 40 km/j. *WTH* naik highway 40 km/j jer. Shidi dah hangin semacam, namun disebabkan keadaan dalam kereta yang sejuk serta best (aircond lerrr), Shidi cepat cool.

Beberapa buah kereta bernombor pendaftaran Singapura, memecut menggunakan emergency lane. Takpe aaa korang, nnt kene saman baru tau *hahahaha*. Dalam perjalanan aku membatu kat belakang. Shidi ngan Abu rancak sembang pasal kereta Honda la, apa la. Tak paham aku.

Mahu tidur tetapi rasa cam bosan. Nak tak nak tido gak. 30 minit sudah cukup hilangkan ngantuk aku. Then aku berjaga smpi masuk kl, smpi hantar Abu balik umah, smpi aku dan Shidi sampai ke office VD.

Lepas kemas sepam dua, kami balik kerumah masing-masing. Shidi paling berdarah sebab balik Kajang naik moto. Aku dekat jer, USJ gak. *haihzzz*

Sampai je kerumah, aku online dulu. Check email, friendster, myspace dan bla bla bla. Lepas tuh aku tidur dalam pukul 5 pagi. Smpi pukul 1 tghari, aku terbangun lalu mandi dan pegi makan. Sekali lagi aku tertidur lebih kurang 3 petang. Aku terjaga pukul 6 petang. Then aku tertidur lagi pukul 7 petang dan terjaga lebih kurang 10 malam.

Berapa banyak tidur la. Ngantuk sangat. Nak buat cemana *haihzz*.

5 pagi – 1 tghari = 7 jam
3 ptg – 6 ptg = 3 jam
7 ptg – 10 mlm = 3 jam

*Jumlah keseluruhan aku tidur = 13 jam *buleh bebal cenggini kalo hari2 tidor lama2..hehehe..

Jadi, dikala aku tgh taip post ni, aku rasa ngantuk yang lagi hebat *ngeeee..huarggghhh* kan dah nguap..

sleepy

end.gtg.bye

What day ??

February 14, 2007 - 11:15 pm No Comments

Today kind of bad day to me…

Pagi-pagi pukul 9 sudah ke menara TM, ada meeting DWDM…tengah-tengah meeting, Bob call aku…supplier salah antar cable katanya…*sigh*…mati aku, dah la projek ni aku yang buat site survey…masak aku kali ni..

Kendian aku call project manager aku cakap kabel supplier salah hantar..nasib baik hati dia baik..dia tolong call supplier untuk aku. Supplier pun akui salah hantar kabel dan hantar kabel yang betul ke warehouse. Sangat seronok aku tika itu *ngeee*

Tapi semalam tragedi ph4il3d telah menimpa aku…aku failed exam ccna..sengal kan aku ? Orang lain buleh lulus, aku siap tak cukup lagi 2 points nak lepas ke tahap lulus.. *sangap aku*

Tapi aku retake after CNY dan try untuk men-skor seberapa byk yang buleh…

bad day

Esok kene pegi JB…kabel rosak lagi…sebelum ni dah 2 or 3 orang berlainan pergi betulkan…officemate aku yang pegi betulkan kabel tuh sebelum nih kata, kabel tuh kene sumpah, sbb tu asyik rosak !! LOL..LOL..LOL..

Ada ke situ pulak…sungguh tak logis…

Mahu tidur..daaaaaaaaaa!!~~

heroes, prison break dan my name is earl

February 8, 2007 - 8:43 pm No Comments

demmm..gila best heroes kali ni..aku suka banget..aku ingat lagi masa first time officemate aku intro kan siri tu kat aku..first aku dapat episod heroes start dari episod 1 smpi episod 6..then aku mula menorrent heroes tanpa was-was..mmg berbaloi bila tgk cerita ni..

heroes

then, prison break plak..cerita best gak..hahahaha..adakalanya satu episod tuh cam hapa ntah..hahahaha..

lastly, my name is earl plak..cerita ni my mum yang suh aku tengok..sbb cerita dia pasal earl ngan rerakan nak curik mesin fotostat kat opis..until now season 2 aku still folo cerita dia..my name is earl FTW !!~~

my name is earl

p/s : sengal punya earl !! :p

06/02/2007

February 6, 2007 - 4:47 pm No Comments

duh…sakit perut hari ni kaw kaw punya…mana tak nya, semalam pegi “melantak” nasi kandar pelita lepas pegi main counter strike… :p

pagi-pagi lagi sampai opis, buat latih tubi CCNA..exam just around the corner..13/2/2007

“kill or be killed” adalah motto kali ni untuk menghadapi cabaran exam..

exam

5 minit lepas, projek manager aku panggil. arahan dia pada aku, tolong confirm tarikh nak buat cabling untuk IPVPN Global di Brickfield dan Kelana Jaya. orait, consider it done, kata aku..haihz, nak call encek rizal di cygal plak lepas nih..

heroes s1 e14 on tha way ~~