Selesai sudah 2 hari kelas softswitch huawei kat CP Tower. 2 hari juga redah hujan petang petang. Dah la petang tadi ada minah mana tah bawak kereta langgar aku punya kaki. Aku yang tengah berhenti ni pun dia boleh langgar. Nasib baik slow. Pastuh gelabah, lampu hijau pecut laju laju. Sah la kau bawak kereta auto pastuh masa lampu merah tak tekan brek. Lesen terbang ke ?
Baru balik dari Proton COSE kat Taman Perindustrian UEP. Balik dari ambil kereta kesayangan. Sebelum bayar duit servis, belek2 resit servis. Rupa-rupanya IAFM punya part dah diganti baru. Enjin tak lagi bunyi “tak, tak ,tak”. Best pula rasanya. Heh. Semalam brader proton cakap kene tunggu giliran. Tapi sempat diselit masuk kereta aku dalam “queue” agaknya. Bagus. Thumb up brader proton !
Jam kat laptop dah menunjukkan pukul 3.47 petang. Beberapa jam lagi dah nak puasa hari pertama.
Akhir kata untuk setakat ni, selamat berpuasa semua !!!
“Eli Stone is an American television comedy-drama created by Greg Berlanti and Marc Guggenheim, who also served as executive producers alongside Ken Olin who directed the pilot, with Melissa Berman producing.
The show starred Jonny Lee Miller in the title role of attorney Eli Stone. In the first episode, Stone is discovered to have an inoperable brain aneurysm which is causing hallucinations. His acupuncturist, Dr. Chen, suggests that his hallucinations are actually divinely inspired visions of the future. These visions often foreshadowed future cases and events, including an impending earthquake.”
Adakah aku “slowpoke” atau aku dah lama tak tengok tv ? Eli Stone kat TV2 ni layan jugak. Kelakar pun ada, serius pun ada. Rasa macam nak “download” semua series dia. Heh.
Bila kita ternanti-nanti sesuatu, mesti kita menaruh harapan yang tinggi. Sama juga dengan aku. Dalam kes ni, ternanti-nanti wang. Yaaaaaa..wang ! Tahu tak apa perasaan tunggu “claim” bulanan tapi tak keluar jugak. Berapi kan ? Heh
Tak de la banyak sangat “claim” aku. Tapi duit tu wey ! Bukan daun kering yang berguguran dari dahan pohon pabila dihembus angin.
By the way, hari ni nak submit “claim” bulan Julai pula. May pun tak dapat lagi tau. Arghhh !
Yep..suka bertangguh. Itu aku. Banyak gila benda tertangguh. Contohnya, konon mahu beli AS1M tapi tak beli beli. Konon mahu membuat personal loan, tapi tak buat buat. Konon mahu submit resume untuk mohon kerja tempat lain, tapi tak submit jugak. Boleh ke survive dalam dunia yang semakin mecabar kalau asyik bertangguh. Incident report untuk kes metro-e pun tak buat lagi.
Pulang dari Sandakan terus ke 1 Utama. Memang gigih tak ingat. Touchdown pukul 2.20 pm. Sampai rumah 3.15 pm. Terus kelam kabut siap. Sampai 1 Utama pukul 4.30 pm. Gila betul. Nasib baik tak terlibat dalam kecelakaan jalan raya. By the way, di bawah ada gambar Lenka. Sikit je la. Sempat jugak la dengar 3 lagu dari Lenka. Suara dia memang best. Luv it <3 Sempat membeli album Lenka bernilai RM 35.00 dan join sesi autograph. Dapat le seketul album bertandatangan Lenka. I loike Bila Lenka nak datang Malaysia lagi ? Heh.
Klik thumbnails untuk paparan lebih jelas dan besar.